Kanak-kanak 12 tahun terselamat dalam nahas pesawat di Papua

Agensi
Ogos 12, 2018 09:15 MYT
Ketika kejadian sembilan penumpang berada di dalam pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Tanah Merah daerah Boven Diguel menuju ke Lapangan Terbang Oksibil daerah Pergunungan Bintang jam 1.50 waktu tempatan.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam nahas pesawat kecil jenis PAC750 XSTOL milik Dimonim Air yang dilaporkan hilang pada Sabtu di Papua, Indonesia.
Manakala lapan penumpang lain terkorban termasuk seorang juruterbang dan pembantu juruterbang.
Ketika kejadian sembilan penumpang berada di dalam pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Tanah Merah daerah Boven Diguel menuju ke Lapangan Terbang Oksibil daerah Pergunungan Bintang jam 1.50 waktu tempatan.
Pesawat berkenaan ada menghubungi menara trafik kawalan udara Lapangan Terbang Oksibil pada jam 2.17 petang.
Pesawat buatan Switzerland itu seterusnya terputus hubungan dengan menara trafik kawalan udara dan lokasi terakhir pesawat berkenaan dikesan di ruang udara Papua sebelum dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan dan hutan tebal di di kawasan Pergunungan Bintang.
Menurut jurucakap tentera Papua, Leftenan Kolonel Dax Sianturi, bangkai pesawat ditemui di kawasan yang sukar dijejaki di daerah kecil Oksibil pada Ahad pagi.
Tambahnya punca kejadian masih disiasat.
#Boven Diguel #Dimonim Air #Indonesia #Oksibil #Papua #pesawat #Switzerland #terhempas