Seorang kanak-kanak dua tahun maut selepas ditimpa rak kaca pada bahagian kepala di sebuah kedai kasut, di Georgia, Amerika Syarikat.
Menurut laporan, anak malang itu baru sahaja selesai mencuba sepasang kasut bersama ibunya sebelum insiden tersebut terjadi.
Mangsa Ifrah Siddique dikejarkan ke Southern Regional Medical Center sebelum disahkan meninggal dunia.
“Saya seolah-olah mati dan saya tidak mempunyai apa-apa lagi. Itu adalah anak perempuan saya,” Mohsin Siddique, bapa kepada Ifrah.
Seorang saksi Latisha Culpatrick yang bekerja di sebelah kedai terbabit berkata dia bergegas ke tempat kejadian selepas mendengar bunyi hentaman yang kuat dan mendapati kanak-kanak tersebut cedera parah.
“Saya dengar bunyi hentaman yang kuat disusuli suara wanita menjerit. Ramai yang mengerumuni kawasan pintu kedai dan ianya sangat tragik,” kata Culpatrik menurut Fox news.
“Saya yakin bahawa ibu kanak-kanak tersebut pasti tidak menyangka, memasuki ke kedai tersebut dan keluar tanpa anaknya. Perkara ini amat buruk. Sangat buruk.”
“Kami amat bersimpati terhadap insiden yang berlaku kepada keluarga Ifrah Siddique. Kami sangat ‘hancur’ di atas tragedi ini dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk mengkaji dan memahami kemalangan ini. Untuk menghormati pihak keluarga, tiada maklumat lanjut yang akan diberikan buat masa ini,” dalam sebuah kenyataan Payless ShoeSource.
Pihak keluarga meminta agar kedai terbabit memastikan keselamatan rak dan cermin bagi mengelakkan tragedi ini berulang.
Tragedi ini kini menjadi bualan dan membanjiri garis masa di Twitter.
Agensi
Mon Mar 05 2018
Gambar Ifrah Siddique, 2 tahun yang mati ditimpa cermin kaca di sebuah kedai kasut.-Gambar hiasan-
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak 2 tahun maut ditimpa rak kaca kedai kasut
Seorang kanak-kanak berumur 2 tahun maut selepas ditimpa cermin kaca pada bahagian kepala di kedai Payless ShoeSource di Georgia.