Kanak-kanak 4 tahun lumpuh seumur hidup selepas senaman yoga

Agensi
Februari 28, 2018 06:46 MYT
Walaupun tulang belakang kanak-kanak itu tidak patah, doktor menjelaskan kanak-kanak malang itu menderita lumpuh bahagian bawah badan seumur hidup. -Foto www.thesun.co.uk.
Seorang kanak-kanak perempuan empat tahun disahkan lumpuh seumur hidup sebaik sahaja terjatuh semasa membuat senaman di sebuah kelas yoga dekat Zhengzhou, China.
Dalam rakaman video berdurasi 24 saat itu menunjukkan Xiau Bao, 4 tahun, melakukan gerakan membengkokkan badan ke belakang yang dinamakan back bridge bersama kanak-kanak yang lain.
Namun, kanak-kanak itu dikatakan tidak dapat mengimbangkan badan lalu terjatuh seperti dilaporkan portal thesun.co.uk.
Dia dikejarkan ke hospital oleh para jurulatih sebaik sahaja mendapati kakinya tidak boleh digerakkan.
Walaupun tulang belakang kanak-kanak itu tidak patah, doktor menjelaskan kanak-kanak malang itu menderita lumpuh bahagian bawah badan seumur hidup.
Selepas disiasat, kelas yoga berkenaan tidak beroperasi dengan lesen yang sah.
Susulan insiden itu, bapa kanak-kanak tersebut menerima wang pampasan sebanyak RM6,171 (£1,131) daripada kelas yoga berkenaan.
#beroperasi tanpa lesen sah #kanak-kanak lumpuh #lumpuh #Tragedi kelas yoga #wang pampasan #yoga