Kanak-kanak lintas jalan tiba-tiba, nyaris dilanggar

Astro Awani
Mei 6, 2021 04:39 MYT
Tindakan pantas pemandu itu berjaya menghentikan kenderaannya hanya beberapa inci daripada kanak-kanak tersebut. - Foto Newsflare via AP
SEORANG kanak-kanak perempuan nyaris dilanggar sebuah trak apabila dia tiba-tiba melintas sebuah jalan di China.
Rakaman video pada 27 April lalu menunjukkan kanak-kanak tersebut berlari melintas jalan di Chongqing memaksa pemandu trak bertindak pantas bagi mengelak kanak-kanak tersebut.
Tindakan pantas pemandu itu berjaya menghentikan kenderaannya hanya beberapa inci daripada kanak-kanak tersebut.
Namun dia tetap didenda 200 yuan (RM130) serta ditolak tiga mata kerana tidak memperlahankan kenderaan di kawasan lintasan pejalan kaki.
Menurut Artikel 47 Undang-Undang Keselamatan Trafik di China, sebuah kenderaan harus diperlahankan di kawasan lintasan pejalan kaki dan berhenti bagi membolehkan orang ramai melintas.
Kanak-kanak lintas jalan tiba-tiba, nyaris dilanggar
#Kanak-kanak #nyaris #kemalangan #melintas jalan