BERLIN: Seorang kanak-kanak maut dan seorang lagi cedera parah pada Khamis selepas dirempuh kereta api di sebuah landasan di bandar Recklinghausen, Jerman.

Akhbar Bild melaporkan, mangsa diseret tren yang membawa barang itu sejauh beberapa ratus meter.

"Apa yang berlaku di sini amat mengerikan dan saya berharap ibu bapa mereka diberi kekuatan untuk melalui dugaan ini," kata Menteri Dalam Negeri Herbert Reul kepada media.

Dalam laporannya, Bild menyatakan kemalangan itu berlaku di antara dua stesen.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kemalangan itu berlaku dan sama ada terdapat lebih ramai kanak-kanak terlibat.

Sementara itu, beberapa media tempatan melaporkan kira-kira 35 anggota bomba dan penyelamat telah dikerah ke lokasi yang terletak berhampiran tempat memuat dan memunggah kargo.