LONDON: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas letupan berlaku di sebuah rumah di London, pada Isnin.

Menurut pasukan bomba London, rumah teres yang terletak di Thornton Heath musnah selepas letupan yang turut merosakkan kawasan kejiranan.

Kata bomba empat orang berjaya diselamatkan namun seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap di bawah runtuhan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak berkuasa belum mengesahkan punca kejadian namun menurut penduduk setempat, terdapat laporan mengenai bau gas yang kuat di kawasan itu selama sekitar dua minggu.

Kawasan perumahan di sekeliling telah dipindahkan dan tiada maklumat terkini mengenai bilakah penduduk boleh kembali ke rumah mereka.