Kanak-kanak terkunci 6 jam dalam van meninggal dunia selepas 4 hari koma

Agensi
Ogos 16, 2020 00:19 MYT
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan dalam van selama enam jam meninggal dunia pada petang Sabtu, empat hari selepas berada dalam keadaan koma. -Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditinggalkan dalam van selama enam jam meninggal dunia pada petang Sabtu, empat hari selepas berada dalam keadaan koma.
Hospital Maharaj Nakhon Si Thammarat di Thailand mengesahkan kematian Thanakit Yodmanee akibat kegagalan beberapa organ.
Kanak-kanak itu dibawa ke hospital pada 11 Ogos selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian belakang van di pusat perkembangan kanak-kanak di wilayah Phibun.
Dia dilaporkan terkunci dalam van itu dari jam 7.30 pagi hingga sekitar 1.30 tengah hari.
Para doktor memaklumkan usaha menyelamatkan nyawa kanak-kanak lelaki itu gagal selepas hati dan ginjalnya berhenti berfungsi.
Ibu bapanya membenarkan pihak hospital menghentikan mesin sokongan hayat dan kematian Thanakit disahkan pada jam 5.20 petang.
Susulan itu, polis telah menahan dan akan mendakwa seorang guru dan seorang pemandu van dengan tuduhan cuai sehingga menyebabkan kematian.
#ditinggal dalam van #ditinggal enam jam #Kanak-kanak #Maharaj Nakhon Si Thammarat #meninggal dunia #Thailand #Thanakit Yodmanee