Kanak-kanak tidak sengaja tembak mati adik usia setahun di California

Bernama
Julai 20, 2023 05:54 MYT
Menurut Jabatan Sheriff San Diego, mangsa berusia setahun itu cedera di kepala dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada 8.30 pagi Isnin waktu tempatan. -Gambar hiasan
NEW YORK: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun ditembak mati secara tidak sengaja pada Isnin oleh adik beradiknya berusia tiga tahun di sebuah rumah di Fallbrook, California, lapor Xinhua memetik ABC News.
Menurut Jabatan Sheriff San Diego, kanak-kanak berusia setahun itu cedera di kepala dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada 8.30 pagi Isnin waktu tempatan.
Siasatan sedang dijalankan dan Pejabat Peguam Daerah San Diego telah dimaklumkan.
Pejabat perubatan tempatan akan menjalankan bedah siasat dan jabatan sheriff akan mengeluarkan maklumat lanjut selepas bedah siasat.
Setakat 15 Julai, terdapat sekurang-kurangnya 221 tembakan yang tidak disengajakan oleh kanak-kanak di AS, mengakibatkan 78 kematian dan 151 kecederaan, menurut organisasi Everytown for Gun Safety.
-- BERNAMA
#California #tembak adik sendiri #Fallbrook #tembakan tidak disengajakan