SHANGHAI: Kapal kontena terbesar dunia mula beroperasi pada Rabu di perairan China.

Direka dan dibina oleh Shanghai Hudong Zhonghua Shipbuilding (Group) Company, kapal mega itu terbentang hampir 400 meter bersamaan 1,312 kaki panjang dengan keluasan deck 24,000 meter persegi.

Saiznya bersamaan dengan saiz hampir empat padang bola sepak apabila digabungkan bersama.

Menurut laporan CCTV, kapal ini mampu menampung 240,000 tan berat.

Ia turut dilengkapi teknologi pengoptimuman hidrokinetik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2).

Ia akan berlayar dari timur tengah sehingga ke Eropah.

Syarikat pembuatan kapal ini turut mengesahkan telah menerima sembilan tempahan untuk pembuatan kapal kontena dengan saiz yang sama.