Sebuah kapal yang dalam misi kemanusiaan ke Palestin bersama 22 aktivis dipercayai dirampas oleh Israel ketika kapal itu menghampiri Gaza.
Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar, berkata Kapal Al-Awda terputus hubungan komunikasi dengan pihak media Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan dalam laporan terakhir radio kapal, ketua kapal menyatakan mereka melihat empat kapal perang Israel sedang menghampiri kapal berkenaan.
Beliau berkata pihaknya tidak dapat menghubungi wakil Malaysia dalam kapal itu menggunakan telefon satelit seperti biasa dan Pusat Pemantauan Just Future for Palestine (JFP) MyCARE turut terputus hubungan dengan anggota misi JFP.
"Kami terputus hubungan dengan kapal itu pada 7.15 malam ini (waktu Malaysia) (1.15 petang waktu tempatan) dan (pada kedudukan) kurang 49 batu nautika dari Gaza,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. -- Bernama
[KEMAS KINI] Kapal Al-Awda sah ditawan Israel
Bernama
Sun Jul 29 2018
Kamarul Zaman berkata sebelum terputus hubungan komunikasi, ketua Kapal Al-Awda berkata mereka melihat empat kapal perang Israel sedang menghampiri mereka. - Facebook/MyCARE
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Misi Al-Awda: Air mata isteri iringi kecaman terhadap Israel
Selain mengharapkan pembebasan segera suaminya, dia turut mengecam tindakan Israel merampas kapal tersebut.
MyCare mahu PBB, pihak antarabangsa desak pembebasan 22 aktivis kapal Al-Awda
Tindakan merampas kapal Al-Awda dan membawa anak kapalnya masuk ke Israel secara paksa adalah satu rompakan dan penculikan.