LAUTAN PASIFIK BARAT: Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat yang pernah bertempur dengan tentera Jepun dalam Perang Dunia II ditemui di dasar laut Filipina pada kedalaman hampir 7,000 meter.

Ia sekali gus menjadikan aset yang dikenali sebagai USS Samuel B Roberts itu sebagai kapal karam yang paling dalam di dunia pernah ditemui.

Kapal itu dilaporkan karam semasa pertempuran di Pulau Tengah Samar pada 25 Oktober 1944 ketika tentera Amerika Syarikat cuba membebaskan Filipina dari Jepun.

Menurut pasukan penerokaan Amerika Syarikat, Caladan Oceanic, kapal selam dengan kru merakam, mengambil gambar dan meninjau badan kapal USS Samuel B Roberts yang rosak.

Menurut rekod tentera laut AS, anak kapal USS Samuel B Roberts terapung selama hampir tiga hari menunggu diselamatkan, namun terkorban akibat kecederaan dan serangan jerung.

Daripada 224 anak kapal, 89 meninggal dunia.

Dalam carian terkini, pasukan itu turut mencari USS Gambier Bay pada kedalaman lebih 7,000 meter, tetapi tidak dapat mengesannya.