SYDNEY: Renjer Australia telah menemui katak tebu gergasi seberat 2.7 kilogram yang hampir menyamai saiz bayi manusia di Taman Negara Conway di Queensland.
Amfibia itu dijumpai selepas seekor ular dilihat melintasi trek di kawasan hutan tersebut pada minggu lalu.
"Katak tebu sebesar itu mampu menelan apa sahaja termasuk reptilia dan mamalia kecil," kata renjer, Kylee Gray sambil menambah mereka terpaksa membunuh haiwan tersebut yang jantinanya dipercayai adalah betina.
Menurutnya, usia amfibia sangat beracun itu tidak diketahui, namun jangka hayatnya boleh mencecah sehingga 15 tahun dan spesies betina mampu menghasilkan sehingga 30,000 telur pada satu musim.
Haiwan itu mula diperkenalkan di Queensland pada 1935 untuk mengawal ancaman kumbang tebu dan kini ia menyebabkan kepupusan beberapa spesies pemangsa mereka. -Sinar Harian/AFP
Sinar Harian
Sat Jan 21 2023
Katak tebu diperkenalkan di Queensland pada 1935 untuk mengawal ancaman kumbang tebu. -Foto Twitter Queensland Environment
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Katak tebu gergasi sebesar bayi manusia dijumpai di Queensland
Amfibia itu dijumpai selepas seekor ular dilihat melintasi trek di kawasan hutan tersebut pada minggu lalu.