NEW YORK: Sekurang-kurangnya 19 individu termasuk sembilan kanak-kanak maut dalam kejadian kebakaran di sebuah pangsapuri di New York City.

Kebakaran yang tercetus di Apartment Twin Park tersebut turut disifatkan sebagai yang terburuk setakat ini.

Pihak berkuasa mengesahkan jumlah kematian tersebut, namun jumlah sebenar masih dalam siasatan.

Difahamkan, puluhan yang lain cedera akibat kebakaran berkenaan dengan 32 individu kini ditempatkan di hospital.

Difahamkan, puluhan yang lain cedera akibat kebakaran berkenaan dengan 32 individu kini ditempatkan di hospital. - Foto Reuters

Menurut seorang pegawai bomba, hasil siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada alat pemanas ruang. - Foto Reuters

Kira-kira 200 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian bagi melakukan kerja-kerja pemadaman kebakaran dan menyelamat.

Menurut seorang pegawai bomba, hasil siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada sebuah alat pemanas ruang.

“Pegawai penyiasat telah mengenal pasti bukti fizikal dan hasil siasatan daripada penduduk, kebakaran bermula dari sebuah bilik yang menggunakan sebuah pemanas elektrik mudah alih,” kata Pesuruhjaya Jabatan Bomba New York, Daniel Nigro.

Kebakaran | 19 maut termasuk 9 kanak-kanak


Kepulan asap kelihatan keluar dari tingkap ketika kejadian kebakaran bangunan pangsapuri di Bronx, New York City, 9 Jan 2022. - Foto Twitter Tanisha Ashe/REUTERS