Kebakaran hospital ragut nyawa lima pesakit COVID-19

Agensi
November 27, 2020 21:00 MYT
Menurut jurucakap Hospital Uday Shivanand, Dr Tejash Karmata, kesemua mangsa merupakan pesakit COVID-19 yang sedang dirawat. - Bernama
GUJARAT: Sekurang-kurangnya lima pesakit terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital swasta di India pada Jumaat yang mana turut mencederakan 28 pesakit lain.
Menurut jurucakap Hospital Uday Shivanand, Dr Tejash Karmata, kesemua mangsa merupakan pesakit COVID-19 yang sedang dirawat.
Jelasnya lagi, seramai 22 pesakit dipindahkan ke hospital lain.
Siasatan awal mendapati kebakaran bermula dari Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.
Punca sebenar kebakaran masih belum dapat dipastikan, bagaimanapun ia berkemungkinan disebabkan litar pintas.
Pada Ogos lalu, lapan pesakit COVID-19 terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital swasta empat tingkat di negeri Ahmedabad.
#India #Hospital #COVID-19 #siasatan #mangsa #kebakaran #pesakit COVID-19