Tujuh pendaki yang merentas kawasan Gunung Lawu, Indonesia terkorban manakala dua lagi menderita akibat kesan lecur di tubuh apabila terperangkap dalam sebuah kebakaran hutan, kata pihak berkuasa pada Isnin.
Ketika kejadian itu berlaku, kumpulan pendaki itu sedang dalam pendakian di gunung yang terletak di perbatasan Jawa Tengah dan Jawa Timur tersebut pada Ahad, lapor AFP.
“Tujuh daripada mereka maut manakala dua lagi dalam keadaan kritikal kerana tubuh mereka mengalami kesan terbakar 50 peratus.
“Kawasan itu sebenarnya ditutup untuk aktiviti pendakian kerana sebelum ini terdapat beberapa kes kebakaran semula jadi akibat cuaca yang panas kering. Kami mengesyaki mereka menggunakan laluan tidak rasmi,” kata seorang jurucakap agensi Agung Lewis yang turut memberitahu kesemua mangsa telah dibawa turun dari kawasan gunung.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai identiti mangsa tidak diberikan.
Kebakaran tersebut turut dipercayai berpunca daripada unggun api yang tidak dipadam dengan betul, kata jurucakap agensi pengurusan bencana Sutopo Purwo Nugroho.
Walaupun tiada yang dilaporkan hilang, pasukan penyelamat terus memeriksa kawasan berkenaan untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang terperangkap di gunung tersebut.
Kes kebakaran hutan yang berlaku secara tiba-tiba adalah kejadian lazim di Indonesia ketika musim panas kering yang panjang.
AFP
Mon Oct 19 2015
Kebakaran tersebut turut dipercayai berpunca daripada unggun api yang tidak dipadam dengan betul. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kebakaran hutan korbankan tujuh pendaki Gunung Lawu
Kawasan itu sebenarnya ditutup untuk aktiviti pendakian kerana terdapat beberapa kes kebakaran semula jadi akibat cuaca yang panas kering.