HARI perkahwinan merupakan hari yang paling bahagia apabila ia turut diraikan oleh insan tersayang, saudara mara mahupun rakan-rakan.

Namun demikian atas rasa sedih dan berkecil hati, seorang wanita di China nekad meletakkan jawatan selepas kecewa kerana hanya seorang daripada 70 rakan sekerja menghadiri majlis perkahwinannya.

Gambar hiasan

Rasa ‘Dimalukan’ Rakan Sekerja

Menurut laman berita ETtoday, wanita yang identitinya tidak dinyatakan itu meluahkan rasa kecewa di media sosial kerana dimalukan oleh rakan-rakan sekerja pada hari bahagianya.

Wanita berkenaan dikatakan bekerja di syarikat tersebut selama lima tahun dan mengaku mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan sekerjanya.

Gambar hiasan

Hadir Majlis Kahwin Rakan Sekerja

Dia juga pernah menghadiri majlis perkahwinan satu pertiga daripada 70 rakan sekerjanya.

Justeru, apabila tiba gilirannya untuk berkahwin, dia yakin mereka akan turut serta.

Selain itu, dia menjemput kesemua mereka kerana bimbang ada yang akan berkecil hati sekiranya tidak dijemput.

Tidak dinyatakan sama ada tetamu perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum majlis berlangsung atau sebaliknya. -Mingguan Wanita