NAIROBI: Bangkai-bangkai ternakan yang bergelimpangan dan mereput menjadi perinbgatan bahawa musim kemarau kembali melanda utara Kenya.

AP melaporkan, perkembangan terkini itu adalah antara siri impak kejutan iklim yang membawa sengsara di negara ‘Tanduk Afrika’ itu.

Ketika para pemimpin dunia sedang berbincang di sidang kemuncak dunia di Glasgow, penggembala dan penternak haiwan di Kenya hanya dapat menyaksikan haiwan mereka menderita akibat kekurangan air dan makanan.

Kalau ternakan mati, kami pun akan mati,” kata Yusuh Abdullahi yang sudah kehilangan 40 ekor kambing.

Foto: AP /Brian Inganga

Kerajaan Kenya telah mengisytiharkan bencana nasional di 10 daripada 47 daerahnya. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula berkata, lebih 2 juta manusia kini berdepan kekangan bekalan makanan.

Ketika semakin ramai orang berpindah-randah mencari makanan dan air, para pemerhati memberi amaran bahawa ketegangan antara komuniti boleh meningkat.

Haiwan liar juga mula mati, kata Pengerusi Konservasi Hidupan Liar Subuli, Mohamed Sharmarke.

“Haba yang dirasai di tanah memberitahu anda tentang tanda kebuluran yang kami hadapi,” keluhnya.

Foto: AP /Brian Inganga

Kumpulan pakar memberitahu, kejutan iklim seperti itu bakal menjadi lazim di seluruh benua Afrika, sekali gus menyumbang kepada pemanasan global, namun benua itu yang akan paling merasai peritnya.

“Kita tidak ada planet kedua untuk berpindah atau berlindung selepas kita ‘berjaya’ memusnahkan Bumi ini,” kata Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Antara Kerajaan di Afrika Timur, Workneh Gebeyehu, pada bulan lalu sewaktu merasmikan pusat amaran iklim di Nairobi.

Foto: AP /Brian Inganga

Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta turut bersetuju.

“Afrika, yang sekarang ini sangat bertanggungjawab dalam jumlah pelepasan gas sumah hijau global, sedang dalam ancaman perubahan iklim,” katanya. Benua itu hanya melepaskan 4 peratus kesan gas rumah hijau secara global.

Kenyatta adalah antara beberapa pemimpin Afrika yang berucap dalam sidang kemuncak dunia, yang secara kolektif merayu lebih perhatian dan bantuan kewangan diperlukan untuk menyokong benua tersebut.