Perkembangan politik Mesir menyaksikan penyokong pro-demokrasi mula bertindak balas terhadap operasi pihak berkuasa negara itu yang menggempur kem duduk dan bantah mereka di Kaherah dan Iskandariah.
Beratus-ratus penyokong Ikhwanul Muslimin bertindak membakar bangunan kerajaan di Giza berhampiran Kaherah.
Tindakan itu menyusul dua hari selepas darurat dan perintah berkurung dilaksanakan di seluruh Mesir berikutan ratusan nyawa terkorban dan operasi pihak berkuasa.
Sebelum perintah dilaksanakan pihak keselamatan menggempur kem pro-demokrasi dua bandar utama Kaherah dan Iskandariah.
Menurut tentera sekurang-kurangnya 43 polis terbunuh.
Manakala hampir tiga ribu yang lain cedera.
Bagaimanapun Ikhwanul Muslimin mendakwa lebih 2 ribu terkorban kerana tembakan pihak berkuasa di Masjid Rabaa Al-Adawiya dan Dataran Nahda.
Tindakan pihak berkuasa Mesir itu turut mendapat kecaman masyarakat antarabangsa.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry menyifatkan tindakan tidak berhati perut pihak berkuasa Mesir boleh mengganggu usaha penyatuan.
Pertubuhan Bangsa Bersatu dan Kesatuan Eropah pula mengkritik penggunaan kekerasan semasa cuba menyuraikan penunjuk perasaan pro-demokrasi.
Sementara itu, penyokong Ikhwanul Muslimin dikebumikan secara beramai-ramai selepas mereka terkorban dalam operasi menggempur oleh pihak berkuasa Mesir.
Ia diadakan ketika bilangan mereka yang terbunuh dilapor terus meningkat.
Di Masjid El Iman timur daerah Bandar Nasr Kaherah ratusan mayat penyokong pro demokrasi dikumpulkan sebelum dikebumikan.
“Orang yang terbunuh bukan sahaja berada dalam dataran Rabaah tetapi juga di luar dan sekitar Rabaah. Angka mereka yang terbunuh adalah beribu-ribu. Bukan beratus-ratus. Ini semua penipuan,” kata salah seorang penyokong pro demokrasi, Mohamed Salah.
Bandar itu terletak berhampiran dengan Masjid Rabaah Al-Adawiya lokasi di mana pihak berkuasa menggempur dua kem perhimpunan duduk dan bantah penyokong pro-demokrasi pada Rabu.
Pihak berkuasa Mesir berkata pertempuran pihak polis dan penyokong pro demokrasi membunuh tidak lebih 500 orang.
Manakala Ikhwanul Muslimin menegaskan lebih 2,000 terkorban termasuk wanita dan warga emas.
Dalam pada itu, kebanyakan saudara mara mereka yang terbunuh merungut bahawa pihak berkuasa enggan membenarkan permit bagi mengebumikan mangsa-mangsa.
Astro Awani
Thu Aug 15 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.
Anwar sertai Sidang Kemuncak G20 hari ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musuem of Modern Art di sini untuk menyertai Sidang Kemuncak G20.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur susulan harga minyak mentah stabil
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh penanda aras harga minyak mentah yang stabil serta peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Malaysia seru komuniti perniagaan Perancis tingkatkan kerjasama demi kemakmuran ASEAN
Kerajaan menyeru komuniti perniagaan Perancis di negara ini meningkatkan kerjasama berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan untuk mewujudkan komuniti sejahtera.
Duta Besar baharu Sweden tekankan peranan pentingnya perkukuh hubungan EU-ASEAN
Duta Besar Sweden di Malaysia Niklas Wiberg menyifatkan peranan baharu yang disandang beliau adalah penting untuk memperkukuh hubungan Sweden dan Kesatuan Eropah (EU) dengan ASEAN.