MIAMI: Kepala seekor ular sawa tersangkut di celah rim tayar kereta sedan berwarna putih di dalam sebuah garaj kenderaan di Florida, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Bagaimanapun, ular itu berjaya diselamatkan oleh penangkap ular terkenal di Florida, Mike Kimmel dengan bantuan ibunya.

Semasa usaha menyelamat dilakukan, ibunya bertindak memegang ekor reptilia tersebut ketika Kimmel berusaha mengeluarkan kepala haiwan itu yang tersangkut pada lubang rim tayar belakang kanan kereta berkenaan.

Selepas dia berjaya mengeluarkan kepala haiwan itu, ibunya masih memegang ekor ular tersebut.

Kimmel kemudian mengambil alih tugas ibunya itu.

Masih tidak jelas bagaimana haiwan tersebut boleh tersangkut pada rim tayar kereta di rumah mereka itu.

Aksi penangkap haiwan itu disiarkan menerusi aplikasi perkongsian video TikTok.





* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.