BANDARAYA KUWAIT: Kerajaan Kuwait menyerahkan surat peletakan jawatan pada Isnin susulan pertikaian yang tercetus dengan parlimen, menurut media tempatan.

Akhbar Al-Qabas melaporkan kerajaan yang ditubuhkan pada Oktober itu meletak jawatan selepas enggan membuat komitmen kewangan dan membantah interpelasi oleh Ahli Parlimen.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi berhubung peletakan jawatan itu, lapor Anadolu.

Ini adalah peletakan jawatan kelima kerajaan Kuwait dalam tempoh dua tahun.

Interpelasi ialah soalan mengenai dasar-dasar kerajaan dalam parlimen oleh Ahli Parlimen kepada kerajaan.

-- BERNAMA