NEW DELHI: Seorang lelaki bertindak mengerat teman wanitanya kepada 35 bahagian sebelum membuangnya ke hutan Mehrauli di Delhi, India.

Memetik laporan News Nine, lelaki dikenali sebagai Aftab Ameen Poonawalla didakwa membunuh teman wanita bernama Shraddha di sebuah flet di Mehrauli.

Menurut pihak berkuasa Delhi, mayat wanita itu ditemui selepas 18 hari kejadian berlaku.

NDTV melaporkan kejadian berlaku apabila pasangan ini bergaduh dan Poonawalla bertindak kejam mencekik dan mengerat anggota badan teman wanita itu sebelum menyimpan cebisan mayat di dalam peti sejuk yang dibeli selepas kejadian.

Menurut sumber kepada NDTV, Poonawalla akan keluar pada jam 2 pagi setiap hari untuk membuang anggota badan mayat.

Segalanya terbongkar apabila bapa mangsa, Vikas Madaan datang ke Delhi untuk memeriksa selepas tidak dapat menghubungi anak perempuannya.

Dia kemudian membuat laporan kes culik di balai polis Mehrauli selepas mendapati rumah flet didiami anaknya berkunci.

Menurut sumber lagi, pergaduhan berlaku disebabkan wanita itu mendesak Poonawalla untuk mengahwininya.

Sementara itu, Poonawalla telah ditahan pihak polis pada Sabtu lalu dan proses mengesan baki anggota badan sedang diteruskan.