LONDON: Sebuah kereta milik mendiang Puteri Diana dijual pada sesi lelongan di United Kingdom dengan harga GBP650,000 (AS$762,600).

Seorang pembida British membeli Ford Escort RS Turbo Siri 1 di Lelongan Silverstone, pada Sabtu, menurut Agensi Anadolu.

Diana, Puteri Wales, pernah memandu kereta itu dari 1985 hingga 1988 dan bergambar dengannya di khalayak ramai.

Kereta itu mencatatkan jarak pemanduan sejauh 24,961 batu sahaja.

Ia merupakan satu-satunya kereta hitam seumpamanya berikutan perjanjian antara Ford dan pasukan keselamatan Diana untuk memastikan ia tidak mucah dicam.

Kereta dengan siri ini kebanyakannya berwarna putih.

Ciri-ciri lain termasuk cermin pandang belakang sekunder untuk digunakan pasukan keselamatan dan radio dalam di dalam bekas tempat letak barang.

Pada Jun tahun lalu, sebuah lagi Ford Escort milik Puteri Diana berjaya dilelong pada harga GBP52,000 (US$61,000). - BERNAMA