Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memberi ingatan kepada anggota jemaah kabinetnya supaya menunjukkan prestasi yang memuaskan dengan mencapai sasaran yang ditetapkan atau sedia untuk digantikan dengan orang lain, lapor Kompas.com.
"Kalau dengan saya, menteri harus ada target (sasaran). Yang berbaris (hendak) menjadi menteri itu beribu (orang), jadi kalau target tidak terpenuhi, ya maaf, saya berikan kepada yang berbaris," katanya seperti dipetik oleh portal berita itu.
Jokowi dilaporkan berkata demikian dalam ucapannya pada Forum CEO Kompas di Jakarta pada Jumaat.
Forum itu membincangkan wawasan Jokowi dalam membangunkan ekonomi Indonesia untuk tempoh lima tahun akan datang sepanjang mandatnya sebagai presiden.
Jokowi mengangkat sumpah sebagai presiden pada 20 Oktober lepas.
Dalam ucapan sulungnya selepas dilantik sebagai presiden, Jokowi menggariskan antara lain fokus baru yang akan diberikan kepada bidang maritim sebagai sumber ekonomi negara.
Jokowi yang melakukan lawatan kerja ke Sulawesi pada Rabu menjelaskan Indonesia telah terlupa bahawa ia memiliki dua pertiga wilayah perairan yang seharusnya jadi kekuatan ekonomi republik itu.
Jokowi juga memberikan perhatian yang mendalam kepada bidang pertanian untuk mencapai tahap mampu diri bekalan makanan serta pembangunan infrastruktur terutamanya di kawasan luar bandar.
Menurut laporan itu, Jokowi mendedahkan sasaran yang beliau tetapkan kepada Menteri Pertanian, Amran Sulaiman untuk mencapai tahap mampu diri bekalan beras, kacang soya dan jagung dalam tempoh tiga tahun.
Jokowi juga memaklumkan sasarannya untuk mengurangkan kos logistik yang pada masa ini dianggarkan dua kali lebih tinggi berbanding negara serantau.
Sementara itu, Jokowi turut menyatakan Indonesia telah mengabaikan potensi anugerah sumber kekayaan alam dalam bidang perlombongan dan industri kayu.
Astro Awani
Fri Nov 07 2014
Jokowi memberi ingatan kepada anggota jemaah kabinet supaya menunjukkan prestasi memuaskan atau sedia untuk digantikan dengan orang lain. -Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Kerja capai sasaran atau ganti orang lain jadi menteri, kata Jokowi
Jokowi memberi ingatan kepada anggota jemaah kabinetnya supaya menunjukkan prestasi yang memuaskan dengan mencapai sasaran yang ditetapkan atau sedia untuk digantikan dengan orang lain.