SYDNEY: Penutupan di Sydney mungkin dilanjutkan selepas Australia melaporkan peningkatan harian berterusan dalam kes COVID-19 untuk tahun ini.

New South Wales melaporkan 112 kes COVID-19, hampir kesemuanya di Sydney, walaupun bandar terbesar di negara itu sudah tiga minggu menjalani perintah berkurung, menurut Reuters.

Sebahagian besar kes adalah ahli keluarga atau rakan rapat pesakit, dan Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian meminta penduduk agar mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Sekolah di Sydney, yang memiliki 25 juta penduduk, ditutup, perhimpunan awam terhad kepada dua orang dan penduduk hanya boleh meninggalkan rumah untuk urusan penting, termasuk bekerja dan membeli barang keperluan harina.


Varian Delta | Perintah berkurung Sydney mungkin dilanjutkan

Australia sebelum ini berjaya mengawal kes COVID-19 menerusi pelaksanaan lockdown, pengesanan kontak rapat yang pantas dan peraturan penjarakan sosial.

Dengan sekitar 31,200 kes dan 911 kematian sejak wabak itu bermula, Australia antara negara yang mencatatkan perkembangan baik berbanding negara maju yang lain.

Namun, varian Delta mengganggu proses pemulihan negara itu, dengan hampir 700 kes direkodkan sejak ia dikesan pada pertengahan Jun.

Proses vaksinasi juga berjalan agak perlahan, dengan hanya sekitar 11 peratus penduduk dewasa Australia telah divaksinasi sepenuhnya.