SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada 4 Jun lepas dimaklumkan Kementerian Kesihatan New South Wales, mengenai satu kes cacar monyet melibatkan pengembara yang transit di Singapura pada 2 Jun.
Dalam satu kenyataan pada Isnin, MOH memaklumkan bahawa pengembara itu tiba di Sydney pada 3 Jun dan disahkan positif cacar monyet.
"Beliau berlepas dari Barcelona pada 1 Jun dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada 2 Jun. Beliau berada di kawasan transit di Lapangan Terbang Changi sebelum meneruskan perjalanan ke Sydney pada hari sama, dan tidak melawat kawasan lain di Lapangan Terbang Changi," menurut kementerian.
Memandangkan beliau tidak masuk ke Singapura atau berinteraksi dengan orang dalam komuniti, buat masa ini tiada risiko penularan komuniti yang ketara.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak MOH telah menjalankan pengesanan kontak untuk dua penerbangan yang terjejas dan mereka yang mungkin bersentuhan dengan pengembara itu di kawasan transit.
MOH memutuskan tiada keperluan untuk kuarantin memandangkan tiada kontak rapat selepas penilaian dibuat.
"Bagaimanapun, kami akan memantau 13 orang yang mungkin mempunyai kontak kasual selama 21 hari," menurut kementerian itu.
Di bawah pemantauan itu mereka yang terlibat akan menerima panggilan telefon setiap hari untuk memastikan status kesihatan sehingga tamat pengawasan.
"Jika mereka melaporkan simptom yang menunjukkan jangkitan cacar monyet, mereka akan dinilai dari segi perubatan dan mungkin dihantar ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan untuk penilaian lanjut," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022
Pengembara dijangkiti itu berlepas dari Barcelona pada 1 Jun dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada 2 Jun. - Gambar fail/REUTERS
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Jepun lapor kes kematian pertama mpox
Jepun pada Rabu mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan mpox di negara itu.
Lima kes baharu positif cacar monyet dikesan
Kesemua kes baharu yang dilaporkan itu tiada hubung kait dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.
Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia
Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.
Vietnam rekod 56 kes cacar monyet
Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.
Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan - KKM
Kedua-dua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet
Vietnam melaporkan kes kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam pada Rabu.
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
Laos lapor kes cacar monyet pertama
Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada.