NEW YORK CITY: Bandar raya New York telah menekankan kepada kerajaan Amerika Syarikat (AS) bahawa ia memerlukan vaksin cacar monyet di tengah-tengah peningkatan kes penyakit itu, kata Datuk Bandarnya, Eric Adams pada Rabu.

Sebanyak 336 kes jangkitan penyakit itu telah direkodkan tetapi ia mungkin tidak mencerminkan jumlah yang sebenar, menurut Jabatan Kesihatan New York.

Kes rasmi kes cacar monyet telah meningkat daripada 267 pada Selasa berbanding 223 sebelum ini.

Sesiapa sahaja boleh mendapat dan menyebarkan penyakit tersebut tetapi ramai lelaki homoseks yang mendapat cacar monyet setakat ini.

Adams telah mengadakan pertemuan mesyuarat dengan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

"Kami membincangkan kekangan bekalan yang dihadapi bandar raya New York dan keperluan mendesak untuk mengembangkan jejak akses vaksin kepada lebih ramai orang di kebanyakan kawasan kejiranan melalui rakan kongsi dan pembekal," katanya dalam satu kenyataan seperti dilaporkan AFP.

New York dijangka menerima 14,500 dos vaksin daripada kerajaan AS dalam minggu ini.

Cacar monyet adalah penyakit virus endemik di negara-negara Afrika Barat dan Tengah yang menyebabkan gejala seperti demam serta ruam. -Sinar Harian