GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sahkan sejumlah 780 kes cacar monyet disahkan di negara bukan endemik virus itu.

Ia peningkatan tiga kali ganda berbanding 257 kes dilaporkan minggu lalu.

Laporan WHO sifatkankan penilaian kes pada tahap sederhana sebelum ini adalah tidak tepat.

Jangkitan lazimnya ringan, namun ini kali pertama ia menular di luar benua Afrika.

Menurut WHO, sejumlah 27 negara yang bukan endemik cacar monyet sudah merekodkan kes jangkitan.

Sebahagian besar dikesan di Eropah dan Amerika Utara, sementara sebilangan kecil di Mexico, Argentina, Maghribi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

United Kingdom catat kes tertinggi dengan 207, diikuti dengan Sepanyol 156 dan Portugal dengan 138.

Dalam laporan terbaharu, WHO memaklumkan ada kalangan kes disahkan tiada kontak rapat dengan kes positif.

Biarpun risiko kepada kesihatan umum kekal rendah, ia mungkin meningkat sekiranya kes berkenaan menular dengan meluas di negara bukan endemik.

Ketika ini kebanyakan kes tidak menunjukkan ciri kilinikal cacar monyet.

Sebahagian kes pulih dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu.

Simptom lazim adalah demam, sakit kepala bengkak, sakit otot dan ruam.