JUMLAH kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) kini melepasi angka 2.5 juta.

Ketika ini, AS menjadi negara paling teruk terjejas akibat COVID-19.

Berikutan perkembangan terbaharu itu, negara berkenaan terus bergelut untuk pulih dengan peningkatan jangkitan di beberapa negeri.

Data terkini oleh Johns Hopkins University turut mendedahkan AS mencatatkan jumlah korban melepasi 125,000, kira-kira satu per empat daripada lebih 495,000 kematian di seluruh dunia.

Data terkini oleh Johns Hopkins University turut mendedahkan AS mencatatkan jumlah korban melepasi 125,000, kira-kira satu per empat daripada lebih 495,000 kematian di seluruh dunia.

Pada Sabtu, Florida yang berdepan lonjakan kes COVID-19, melaporkan rekod 9,585 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam.

Langkah negeri itu melaksanakan pembukaan semula secara pantas menyaksikan orang muda membanjiri pantai.

Florida dan Texas, kedua-duanya bawah pentadbiran gabenor daripada Republikan, sebelum ini menolak pelaksanaan berpanjangan perintah berkurung selain bertindak mengumumkan sekatan baharu di bar.