Kes COVID-19 di AS melepasi 2 juta

Bernama
Jun 11, 2020 05:58 MYT
Pagar di luar Tanah Perkuburan Green-Wood di Brooklyn dihiasi kata-kata dan ucapan sebagai tanda penghormatan terhadap mangsa COVID-19 di New York, 28 Mei, 2020. (Foto AP/Fail)
Jumlah kes COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi dua juta pada Rabu malam mencecah 2,000,464, memetik data Johns Hopkins University, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut data itu lagi angka korban juga terus meningkat kepada 112,924.
New York kekal negeri paling teruk terjejas dengan mencatatkan 380,156 kes dan 30,542 kematian.
New Jersey, California, Illinois, dan Massachusetts pula masing-masing mencatatkan kes melebihi 100,000.
Menurut The Washington Post, sejak awal Jun, puluhan negeri di AS, termasuk Texas dan California, rata-ratanya mencatatkan kes COVID-19 tertinggi, sebahagiannya disebabkan protes besar-besaran ekoran kematian George Floyd.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #COVID-19 #dua juta #jangkitan #Johns Hopkins University #kes kematian #kes positif #New York