Kehilangan dan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi tidak akan jejaskan hubungan antara Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Itu tegas Donald Trump dalam wawancara dengan Fox Business pada Rabu.

Menurut Trump, Amerika Syarikat bergantung kepada Arab Saudi dalam perang menentang pengganas.

Dalam wawancara berkenaan, Trump turut menjelaskan Arab Saudi adalah antara pembeli senjata api terbesar Amerika Syarikat.

Kata Trump, meninggalkan Arab Saudi bermakna negara itu akan kerugian ASD457.41 bilion, jumlah pembelian senjata yang dijanjikan Arab Saudi kepada Amerika.

BACA: Polis Turki jumpa 'bukti' Jamal Khashoggi dibunuh

BACA: Misteri kehilangan Jamal Khashoggi: Saudi tolak ancaman negara Barat


Pendirian Trump itu bagaimanapun dibantah sekeras kerasnya beberapa senator Amerika Syarikat.

Bagi mereka, yang salah tetap salah, dan Arab Saudi perlu dikenakan tindakan jika benar terlibat dalam pembunuhan Khashoggi.

Antara yang menyuarakan bantahan termasuk Senator Mark Warner dari Virginia dan Senator John Kennedy dari Louisiana.