Kes positif COVID-19 di Indonesia kini 132,816, kematian 5,968

Bernama
Ogos 13, 2020 10:26 MYT
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 132,816. - Gambar fail/REUTERS
Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat kepada 132,816, manakala 76,515 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus itu.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 2,098 kes positif baharu disahkan dalam tempoh 24 jam.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, 65 lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah kematian keseluruhan kini meningkat kepada 5,968 orang.
Provinsi Jakarta mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 27,761 kes, diikuti Jawa Timur (26,561) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,953 orang, diikuti Jakarta (970), Jawa Tengah (765), Sulawesi Selatan (339) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Indonesia #Jakarta #Jawa Timur #kes positif #Sulawesi #virus