NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyeru agar usaha dipergiatkan untuk melindungi kanak-kanak daripada pemerdagangan manusia dalam mesejnya sempena Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia yang disambut setiap tahun pada 30 Julai.
"Pemerdagangan manusia adalah jenayah keji yang menyasarkan golongan paling terdedah dalam masyarakat kita.
"Pada Hari AntiPemerdagangan Orang Sedunia ini, kita memberi tumpuan kepada mereka yang paling terdedah di antara kita, (iaitu) kanak-kanak," katanya.
Kanak-kanak merangkumi satu pertiga daripada mangsa pemerdagangan, yang mengalami penderaan yang tidak dapat digambarkan termasuk dipaksa bekerja, dijual sebagai pengantin perempuan, direkrut sebagai tentera atau dipaksa melakukan aktiviti jenayah, kata Gutterres.
Ketidaksamaan yang semakin meningkat dan globalisasi telah menyemarakkan rangkaian pemerdagangan yang kompleks, mencabar rangka kerja undang-undang tradisional dan mencipta bentuk perhambaan baharu, kata ketua PBB itu.
Beliau juga berkata platform dalam talian semakin mendedahkan kanak-kanak kepada eksploitasi seksual dan keganasan berasaskan jantina serta membolehkan penjenayah mengeksploitasi mangsa merentasi sempadan.
Menekankan bahawa parut fizikal dan psikologi akibat jenayah ini berlanjutan hingga dewasa hingga merampas kesucian, masa depan dan hak-hak asas mereka, Guterres menegaskan agar memperkukuh respons perlindungan termasuk mekanisme keadilan terhadap kanak-kanak, meningkatkan kesedaran, menyokong dan menyediakan penjagaan untuk mangsa yang tiada penjaga serta menangani punca asas eksploitasi dengan membantu keluarga yang terdedah.
Ketua PBB menyeru kerajaan, masyarakat dan sektor swasta termasuk syarikat teknologi, untuk meningkatkan usaha dan kerjasama mereka supaya tiada kanak-kanak menjadi mangsa.
"Pada hari ini, marilah kita memperbaharui komitmen untuk masa depan agar setiap kanak-kanak selamat dan bebas," katanya.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Ketua PBB menyeru kerajaan, masyarakat dan sektor swasta termasuk syarikat teknologi, untuk meningkatkan usaha dan kerjasama mereka supaya tiada kanak-kanak menjadi mangsa. - Gambar hiasan
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza
PBB akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak dapat dinafikan untuk hidup dengan aman, selamat dan bermaruah.
PBB desak tindakan segera tangani krisis iklim untuk lindungi negara pulau kecil
Antnio Guterres, menggesa dunia untuk meningkatkan pembiayaan bagi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan bagi membantu negara-negara pulau kecil terjejas akibat perubahan iklim.
Masa kian suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim - Ketua PBB
Guterres memberi amaran kepada para pemimpin dunia bahawa masa semakin suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim.
Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada alternatif kepada UNRWA - Guterres
Antonio Guterres menyifatkan pelaksanaan undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di wilayah itu boleh membawa kesan buruk terhadap pelarian Palestin dan ini tidak dapat diterima.
Pemimpin PBB bidas tindakan Israel larang UNRWA beroperasi di Palestin
Beberapa negara Eropah memberi reaksi di media sosial selepas Israel meluluskan undang-undang melarang agensi pelarian Palestin PBB, (UNRWA) daripada beroperasi di Israel dan Palestin.
Pasukan pengaman PBB tidak berganjak, kekal di Lubnan walau diserang - Dujarric
Dujarric berkata serangan terhadap pasukan pengaman itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan boleh dianggap sebagai jenayah perang.
Netanyahu desak Ketua PBB segera keluarkan pasukan pengaman di Lubnan
Gesaan Netanyahu ini disuarakan sehari selepas pasukan PBB di Lubnan enggan berundur dari kawasan sempadan walaupun lima anggotanya cedera akibat tembakan Israel.
Ketua PBB puji pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari Jepun, wakili mangsa bom atom
Setiausaha Agung PBB mengucapkan tahniah kepada pertubuhan terkemuka Jepun yang mewakili mangsa bom atom atas kemenangan mereka dalam Hadiah Nobel Keamanan.