Kokain seberat 9,071 kilogram dirampas di San Diego

Astro Awani
Februari 11, 2020 00:19 MYT
Anak kapal Coast Guard Cutter Munro menurunkan dadah yang dirampas dari zon transit dadah di Timur Lautan Pasifik bernilai kira-kira ASD338 juta di pelabuhan San Diego, 10 Feb, 2020. (Foto AP)
Pasukan Kawalan Pantai Amerika Syarikat (AS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 9,071 kilogram dadah jenis kokain melalui Timur Lautan Pasifik ke San Diego.
Dadah berkenaan dianggarkan bernilai ASD338 juta.
Ia dirampas dalam lapan operasi yang dijalankan empat pasukan keselamatan berkenaan dalam tempoh antara pertengahan November 2019 dan Januari tahun ini.
Pasukan Kawalan Pantai Amerika Syarikat turut mendedahkan video rampasan bot dan penahanan suspek penyeludup dadah terbabit.
Rakaman video berkenaan turut menunjukkan timbunan bungkusan mengandungi dadah yang dirampas, di Pelabuhan San Diego.
Operasi turut melibatkan beberapa agensi Amerika Syarikat termasuk Tentera Laut AS.
#Amerika Syarikat #bot #Dadah #keselamatan #kokain #operasi #rampasan #San Diego #suspek #Timur Lautan Pasifik