Kompleks beli-belah di Thailand bersiap sedia untuk memulakan semula operasi selepas dua bulan ditutup dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Para pembantu kedai mula menyusun semula stok barangan dan membersihkan unit kedai sementara tukang cuci turut melakukan disinfeksi di laluan awam kompleks terlibat.

Pemerintah dijangka membuat pengumuman pada Jumaat dan kompleks membeli belah akan dibuka sepenuhnya pada Ahad.

Sebelum ini, kompleks beli belah hanya dibuka kepada pelanggan bank dan juga pelanggan restoran yang membeli bungkusan makanan.

Pemilik pusat membeli-belah menerapkan langkah keselamatan bagi memastikan penularan COVID-19 tidak berleluasa.

Setiap pintu akan diletakkan pemeriksa suhu selain 300 botol cecair pembasmi kuman ditempatkan di lokasi seuai.

Selain itu, setiap pengunjung diwajibkan memakai penutup hidung dan mulut.

Antara lain, pelanggan juga perlu memuat turun aplikasi dan mendaftarkan diri semasa masuk dan meninggalkan pusat beli-belah.

Pada Rabu, pihak berkuasa melaporkan tiada ada kes baharu direkodkan buat pertama kalinya sejak awal Mac, sekali gus menguatkan lagi kepercayaan kerajaan bahawa sudah tiba waktu untuk melonggarkan sekatan.

Sehingga Khamis, Thailand melaporkan 3,018 kes dengan 56 kematian.