SANAA: Kumpulan Houthi pada Isnin mendakwa mereka bertanggungjawab terhadap serangan yang menyasarkan sebuah kilang pemprosesan minyak di Abu Dhabi.

Kenyataan itu dibuat serta disiarkan di televisyen susulan serangan dron yang mengorban tiga nyawa.

Susulan serangan, ia mencetuskan kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi.

Dalam sidang akhbar yang disiarkan TV satelit Al-Masirah kendalian Houthi, jurucakap berkata pasukannya menggunakan peluru berpandu balistik dan dron untuk menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi dan Dubai serta kilang penapisan minyak.

Jurucakap Houthi itu juga turut memberi amaran kepada syarikat dan penduduk asing bahawa ia mungkin akan meluaskan sasaran mereka.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) terlibat dalam usaha yang diketuai Arab Saudi untuk menentang kumpulan Houthi di Yaman.

Houthi yang disokong Iran menggulingkan kerajaan Yaman pada 2014.