Korban gempa di Haiti meningkat kepada 1,297

Bernama
Ogos 16, 2021 03:46 MYT
Orang ramai mengeluarkan mayat mangsa yang maut akibat dihempap runtuhan bangunan di Les Cayes. - Foto AP/Joseph Odelyn
MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 1,297 orang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Haiti pada Sabtu, menurut agensi perlindungan kebangsaan di Twitter pada Ahad.
Sejumlah 1,054 kematian dilaporkan dekat Sud, 119 di Grand'Anse, 122 di Nippes dan dua lagi di Nord-Ouest, lapor Xinhua.
Mangsa yang cedera turut meningkat dua kali ganda sehingga mencecah seramai 5,700.
Terdahalu, laporan awal menyatakan sebanyak 724 kematian dan lebih 2,800 kecederaan direkodkan.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Haiti #kematian #cedera