Korea Selatan pada Jumaat mengambil langkah berjaga-jaga dengan memperketatkan lagi arahan penjarakan fizikal serta mengehadkan operasi perniagaan.

Keputusan itu diumumkan kerajaan pada Jumaat ketika negara itu berdepan situasi COVID-19 yang semakin sukar dikawal.

Menteri Kesihatan, Park Neung Hoo mengumumkan pelaksanaan langkah itu selepas negara itu merekodkan 371 kes baharu COVID-19.

Lebih 470,000 operasi perniagaan dijangka akan terjejas akibat pelaksanaan langkah berkenaan, yang dianggap sebagai peringkat akhir sebelum kerajaan terpaksa membuat keputusan mengenakan semula perintah berkurung.

Restoran kini dibenarkan beroperasi dengan hanya menyediakan perkhidmatan penghantaran dan bungkus selepas jam 9 malam.

Gimnasium dan aktiviti selepas sekolah pula tidak dibenarkan sepenuhnya oleh pihak berkuasa.

Setakat ini, Korea Selatan sudah mencatatkan 19,077 kes positif termasuk 316 kes kematian.