Korea Utara dilapor telah melancarkan beberapa peluru bepandu dipercayai dari jenis darat ke kapal di timur perairan negara itu pada Khamis.

Menurut sumber tentera Korea Selatan, siri ujian peluru berpandu dilihat mencabuli tekanan yang diberikan oleh dunia dan Pyonyang berhadapan kemungkinan sekatan antarabangsa yang lebih ketat.

Ujian terbaharu ini berlangsung kurang seminggu selepas Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan sekatan terbaharu terhadap negara itu dimana ia tetap bertekad untuk meneruskan program nuklear dan senjata tanpa bertangguh.

Menurut kenyataan dari pejabat Ketua turus Angkatan Tentera Korea Utara, ujian dilancar dari Wonsan, sebuah bandar tepi pantai.

Presiden Korea Selatan, Moon-Jae-in turut dimaklumkan mengenai ujian itu.

Pelancaran hari ini, adalah ujian keempat oleh Korea Utara sejak Moon mengambil-alih pucuk kepimpinan pada 10 Mei lalu dan berjanji untuk mengadakan dialog dengan Utara.