Korea Utara mengulangi saranan agar Amerika Syarikat mengkaji semula apa yang disifatkan sebagai 'dasar bermusuh' dengan Pyongyang.
Ia turut mahu diadakan rundingan perjanjian damai antara kedua-dua pihak bagi membawa kepada keamanan berkekalan di Semenanjung Korea.
Dutanya ke Malaysia, Kang Chol berkata pencapaian perjanjian damai bagi menggantikan perjanjian genjatan senjata sedia ada perlu diberi keutamaan.
"Sekiranya kita menyelesaikan masalah ini, isu-isu lain boleh diselesaikan dengan mudah. Ini pendirian kami.
"Jika Amerika Syarikat tidak mengkaji semula dasar permusuhan dan mencapai perjanjian damai dengan kami, kami tidak boleh menghentikan program senjata nuklear kami," katanya dalam temubual dengan Bernama.
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebelum ini dilapor sebagai berkata Washington bersedia mengadakan rundingan yang boleh mengurangkan sekatan ke atas Korea Utara jika sekiranya Pyongyang menunjuk keseriusan dalam menamatkan program senjata nuklearnya.
Duta berkenaan berkata adalah tidak betul untuk membandingkan situasi Korea Utara dengan Iran yang mencapai perjanjian dengan kuasa-kuasa besar pada Julai lalu dalam menangani program nuklearnya.
"Kami adalah negara nuklear, kami telah mempunyai akses kepada senjata nuklear, tetapi Iran bukan negara nuklear, jadi ia agak berbeza," jelasnya.
Kang Chol turut menekankan bahawa sebarang perjanjian di masa depan yang melibatkan negaranya mengenai isu nuklear perlu dipatuhi dengan tegas, tidak seperti yang dialami Pyongyang di masa lalu.
Beliau berkata sekiranya Amerika Syarikat terus tidak menghiraukan seruan Pyongyang untuk menjalin perjanjian damai, ia akan berupa isyarat bahawa Washington tidak mempunyai niat untuk mengkaji semula dasar permusuhannya ke atas Republik Demokratik Rakyat Korea.
Bernama
Tue Oct 20 2015
KANG CHOL: Jika Amerika Syarikat tidak mengkaji semula dasar permusuhan dan mencapai perjanjian damai dengan kami, kami tidak boleh menghentikan program senjata nuklear kami. - fotoBERNAMA
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.
AS seru rakyatnya tinggalkan Syria
Jabatan Negara Amerika Syarikat menggesa warganya untuk segera meninggalkan Syria