KOREA Utara telah lancarkan satu lagi peluru berpandu balistik, siri terbaru ujian yang meningkatkan tekanan dengan negara jiran dan Amerika Syarikat.

Pentagon dalam satu kenyataan memaklumkan, peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) itu terbang sejauh 1,000 km dan mendarat di lautan Jepun.

Pelancaran peluru berpandu itu turut dilaporkan agensi berita rasmi Pyongyang, Yonhap.

Menurut Yonhap, peluru berpandu itu dilancarkan dari, Pyongsong, daerah Pyongyan Selatan.

Kali terakhir Pyongyang lancar ujian peluru berpandu adalah pada 15 September lalu.