PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di Afghanistan.

Menurut Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, paling dibimbangi ialah kesihatan golongan wanita di negara Asia Selatan itu.

"Perlu ada tindakan segera untuk memastikan kestabilan kepada akses kemanusiaan dan meneruskan akses perkhidmatan kesihatan di seluruh negara dengan fokus dalam memastikan wanita dan remaja perempuan untuk menerima khidmat daripada petugas kesihatan wanita.

"Saya menggesa komuniti antarabangsa dan pihak berkepentingan untuk mengutamakan akses kepada semua perkhidmatan kesihatan dan masa depan mereka.

"Kita tidak boleh memadang rendah terhadap progres yang berlaku dua dekad lalu," katanya di Geneva pada Rabu.

Beliau juga mengulangi seruannya supaya negara-negara "berkongsi dos (vaksin COVID-19) dan meningkatkan pembuatan vaksin secara saksama".

Amerika Syarikat adalah penderma terbesar, katanya, dan beliau mendorong lebih banyak negara untuk mengikutinya.