MANILA: Ketua Polis Filipina, Jen Rodolfo Azurin Jr menyerahkan surat peletakan jawatan secara ihsan pada Khamis bagi memulakan "pembersihan" dalam pasukan polis, lapor Manila Times.

Menteri Dalam Negeri Benjamin Abalos Jr juga menggesa pegawai tertinggi lain supaya 'iklhas' meletakkan jawatan mereka untuk membersihkan pegawai dalam perkhidmatan itu yang terpalit dengan pengedaran dadah.

Katanya bagi mengelakkan jabatan itu lumpuh, mereka yang akan menyerahkan "peletakan jawatan secara ihsan" mereka, pada dasarnya menawarkan untuk meletakkan jawatan secara sukarela daripada pasukan itu, akan kekal dalam pekerjaan mereka.

Imej pasukan polis negara tercalar pada Oktober, apabila seorang Sarjan polis ditahan kerana mengedar dadah dan membantu menyembunyikan hampir satu tan methamphetamine di Manila.

Ia bukan kali pertama pendekatan seperti itu digunakan untuk membersihkan perkhidmatan polis Filipina.

Pada awal 1990-an, Bekas Presiden, Fidel Ramos bertindak keras terhadap polis dengan mengarahkan semua pegawai berumur lebih 56 tahun atau lebih 30 tahun dalam perkhidmatan meletak jawatan.