BOGOTA: Krisis diplomatik antara Colombia dan Guatemala semakin meruncing selepas negara Amerika Tengah itu memanggil semula dutanya ke Bogota pada Selasa, lapor Agensi Anadolu.
Kementerian Luar mengumumkan keputusan memanggil semula Reagan Vega Santizo sebagai tindak balas kepada tindakan Presiden Colombia Gustavo Petro, yang mengarahkan dutanya ke Guatemala untuk kembali selepas Pejabat Pendakwa Guatemala menuduh Menteri Pertahanan Colombia Ivan Velasquez melakukan perbuatan menyalahi undang-undang.
"Kementerian Luar Guatemala kesal kerana Kerajaan Colombia menjadikan isu undang-undang kepada isu politik, melakukan tindakan mengejut tanpa mengambil kira langkah diplomatik yang sesuai.
"Dalam hal ini, kami telah memutuskan untuk memanggil semula Duta Guatemala ke Colombia," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Ketua Pejabat Pendakwa Raya Khas Guatemala Menentang Impunity, Rafael Curruchiche mengumumkan bahawa pihaknya akan memfailkan tuduhan terhadap Velasquez atas dakwaan melakukan tindakan menyalahi undang-undang ketika beliau berkhidmat sebagai ketua kumpulan penyiasat antirasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Guatemala.
Valasquez dilantik pada 2013 bagi mengetuai Suruhanjaya Antarabangsa menentang Impunity di Guatemala (CICG) sehingga tiga bekas presiden diheret ke mahkamah dan mendakwa lebih 1,500 orang kerana rasuah, termasuk pegawai kerajaan, hakim dan ahli perniagaan.
Velasquez terpaksa meninggalkan Guatemala berikutan ketegangan dengan Presiden Jimmy Morales yang menamatkan tempoh perkhidmatan suruhanjaya itu selepas 12 tahun.
Curruchiche berkata negara itu akan membuat Velasquez "bertanggungjawab atas perbuatannya yang menyalahi undang-undang" sebagai ketua CICG dalam kes rasuah berkaitan syarikat pembinaan Brazil Odebrecht.
Curruchiche dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat pada 2021 kerana menghalang siasatan terhadap perbuatan rasuah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023
Pejabat Pendakwa Guatemala menuduh Menteri Pertahanan Colombia Ivan Velasquez (foto) melakukan perbuatan menyalahi undang-undang. -Twitter
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
12 cedera, beberapa kanak-kanak hilang empangan pecah
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera manakala beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang selepas sebuah empangan pecah di wilayah luar bandar barat daya Colombia, Cauca, awal pagi Jumaat.
Presiden Colombia tandatangani dekri larang eksport arang batu ke Israel
Presiden Colombia berkata larangan eksport arang batu itu bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan Netanyahu untuk menghentikan konflik di Gaza.
Final Copa America: Penyokong Colombia ceroboh stadium macam tikus, ikut sistem pengudaraan
Kelihatan penyokong Colombia yang tidak memiliki tiket cuba masuk ke dalam stadium menerusi sistem pengudaraan stadium.
Final Copa America: Sepak mula perlawanan ditunda 30 minit ekoran masalah di luar stadium
CONMEBOL mengumumkan, sepak mula ditangguhkan selama 30 minit hingga 8:30 pagi waktu Malaysia.
Copa America: Colombia ke final benam Uruguay dengan hanya 10 pemain
Colombia mara ke final Copa America 2024 selepas membenam Uruguay 1-0 dalam aksi separuh akhir.
Ribuan warga Colombia bantah reformasi di bawah pimpinan Gustavo Petro
Ribuan penduduk berarak di bandar-bandar besar di Colombia sebagai protes membantah reformasi politik, ekonomi dan sosial yang disokong Presiden Gustavo Petro.
Colombia usir duta Israel
Kementerian Luar Colombia pada Isnin menuntut duta Israel "meminta maaf dan keluar" selepas beliau mengkritik Presiden Gustavo Petro kerana kenyataannya mengenai konflik Israel-Palestin.
Piala Dunia Wanita: Colombia, Perancis ke suku akhir
Colombia menewaskan Jamaica dalam pusingan 16 Piala Dunia wanita untuk mencongak perhitungan suku akhir dengan England sambil Perancis pula menamatkan cabaran Maghribi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiga maut letupan lombong arang batu di Colombia
Insiden berlaku pada awal pagi di lombong arang El Roble dan El Manto 6 di Cucunuba, utara ibu negara Bogota.