ROM: Krisis makanan global yang dicetuskan konflik berterusan Rusia-Ukraine dijangka berterusan sehingga tahun depan.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB, FAO meramalkan keadaan ini tidak mustahil berlaku jika dua negara pengeksport utama itu mengurangkan bekalan benih dan baja.

Agensi PBB dalam laporan terbaharu mendedahkan harga makanan dunia susut pada Mei selepas mencatat lonjakan pada Mac.

Indeks harga makanan FAO yang mengukur dagangan komoditi makanan global berada pada kadar 57.4 peratus bulan lalu.

FAO juga meramalkan harga makanan dunia kekal tinggi susulan konflik Rusia dan Ukraine, dua pengeksport utama bijirin dan baja.

Ketua Ekonomi FAO Maximo Torero berkata dunia berisiko berdepan pengurangan tuaian hasil susulan konflik dua negara itu.

"Dalam tempoh sebulan dua ini, kita tidak akan dapat baja yang diperlukan negara pengimport utama dan ini bermakna kita berdepan cabaran besar untuk musim tuaian seterusnya.

"Pada 2023, sekiranya tiada akses kepada baja, hasil tuaian akan berkurangan.

"Dan jika konflik Rusia dan Ukraine berterusan, ia akan mengurangkan eksport mereka ke pasaran dunia," kata Torero.