KUALA LUMPUR: Konflik Rusia-Ukraine memasuki hari ke-17 hari ini, tanpa sebarang tanda gencatan senjata, menjadi pengajaran serta peringatan bahawa nasib negara-negara kecil boleh menjadi alat permainan geopolitik kuasa besar.
Sejak kejatuhan empayar Soviet, Ukraine mengumumkan kemerdekaan - cenderung ke arah Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), serta menjalin persahabatan dengan Amerika Syarikat (AS).
Bersempadan dengan kuasa besar Rusia, adalah wajar Ukraine bekerjasama rapat dengan Eropah dan NATO bagi mencari keseimbangan terhadap geostrateginya.
Tetapi Rusia melihat Ukraine sebagai prospek anggota NATO, tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang ancaman mengenai isu keselamatannya. Rentetan itu, maka tercetusnya benih konflik.
Badrul Hisham Ismail, Pengarah Program di IMAN Research, berkata terdapat pengajaran yang boleh dipelajari negara-negara kecil daripada konflik berkenaan.
"Negara-negara kecil perlu sedar bahawa jika terlalu bergantung kepada kuasa besar ia mungkin bukanlah strategi terbaik.
"Operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine kini bukan sekadar pertelingkahan dua pihak. Ia bukan hanya membabitkan Rusia dan Ukraine, tetapi melibatkan Rusia, NATO, Eropah, dan AS.
"Ukraine menjadi kambing hitam," katanya kepada Bernama.
Berkongsi pendapat sama, Prof Dr Adam Leong berkata krisis Rusia-Ukraine memberi pengajaran kepada negara lebih kecil mengenai risiko yang ditanggung dalam membina hubungan bagi mengatur strategi balas.
Pengarah Pusat Pengajian Pertahanan dan Keselamatan Antarabangsa, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) itu berkata, percubaan Ukraine untuk menyertai NATO dan Kesatuan Eropah telah menimbulkan kebimbangan Rusia, membawa kepada campur tangan pada 2014 dan 2022.
Oleh itu, Leong menegaskan bahawa negara kecil yang mengambil pendekatan berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana negara adalah langkah baik agar tidak menarik perhatian yang tidak diingini.
Katanya, Malaysia harus kekal neutral di tengah-tengah pertelingkahan geopolitik dan "amalkan dasar luar negara yang seimbang."
Dalam konteks ASEAN, Leong berkata adalah penting kumpulan itu terus membina hubungan neutral dengan kuasa besar di rantau ini.
Negara anggota harus menggunakan ASEAN sebagai badan yang mengurus dan mentadbir isu serantau, tambahnya.
Sementara itu, Badrul Hisham berpendapat bahawa krisis Rusia-Ukraine akan mengakibatkan persaingan kuasa besar - AS dan China - cuba membuat kehadiran mereka di Asia Tenggara lebih dirasai.
"Kita telah mengimbangi hubungan antara kedua-dua kuasa besar sejak sekian lama di rantau ini, dan saya fikir langkah itu akan berterusan buat masa ini.
"Jadi terpulang kepada kita untuk mengemudi secara bijak dan tidak terperangkap di tengah-tengah," katanya.
Pada 24 Feb, Presiden Rusia Vladimir Putin melancarkan operasi ketenteraan khas ke atas Ukraine - tiga hari selepas beliau menandatangani dekri mengiktiraf kemerdekaan di wilayah pro-Rusia, Donetsk dan Luhansk, di timur Ukraine.
Sejak beberapa bulan lepas, NATO dan AS mendakwa Putin telah mengumpulkan lebih 100,000 anggota tenteranya di sepanjang sempadan Ukraine tetapi Pejabat Presiden (Kremlin) berulang kali menafikan sebarang niat untuk menyerang.
Rusia mendakwa negara-negara Barat menjejaskan keselamatannya melalui peluasan anggota NATO ke arah sempadannya.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 549 orang awam terbunuh dan 957 lagi cedera di Ukraine sejak operasi itu dilancarkan.
Sementara itu, lebih 2.3 juta orang telah melarikan diri ke negara jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
Krisis Rusia-Ukraine memberi pengajaran kepada negara lebih kecil mengenai risiko yang ditanggung dalam membina hubungan bagi mengatur strategi balas. - AP
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
Bashar al-Assad umum letak jawatan dan tinggalkan Syria - Rusia
Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.
Rusia tutup konsulat Poland di St Petersburg
Tiga diplomat dari Konsulat Poland turut diisytiharkan sebagai 'persona non grata' dan diminta meninggalkan Rusia.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.