KIEV: Pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan berkata, terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jenayah dalam bidang kuasa mahkamah telah dilakukan di Ukraine.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, ia terpulang kepada hakim untuk membuat kesimpulan.

Karim Khan bercakap di ibu negara Ukraine, sehari selepas beliau melawat pinggir bandar Bucha, di mana lebih 400 mayat ditemui selepas pengunduran tentera Rusia.

Ukraine telah menuntut Rusia bertanggungjawab atas apa yang dipanggil "jenayah perang" dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah menggunakan istilah "pembunuhan beramai-ramai" untuk menggambarkan kekejaman yang didakwa dilakukan oleh tentera Rusia semasa pencerobohan.

Presiden Rusia Vladimir Putin telah menafikan tenteranya melakukan kekejaman dan menegaskan Rusia "tidak mempunyai pilihan lain" selain untuk menyerang.

Kata Putin, serangan itu bertujuan untuk melindungi orang ramai di bahagian timur Ukraine dan "memastikan keselamatan Rusia sendiri".