KIEV: Perintah berkurung dikenakan ke atas ibu negara Ukraine, Kiev berkuat kuasa Sabtu sehingga Isnin.

Menurut Datuk Bandar, arahan dibuat susulan kemaraan tentera Rusia yang semakin hampir ke bandar itu.

Mereka yang ingkar perintah berkurung akan dianggap pengkhianat.

SEMUA MENGENAI KRISIS RUSIA-UKRAINE DI SINI

Perkembangan ini dilaporkan pasca hari ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Sumber risikan barat bagaimanapun mendedahkan tentera Rusia masih belum berjaya menembusi kawalan Ukraine.

Sehingga kini dilaporkan sasaran utama Rusia adalah untuk menawan bandar Kiev.