MARIUPOL: Rusia mendesak tentera Ukraine dan pejuang asing yang bersembunyi di loji logam dan aloi Azovstal di Mariupol meletak senjata jika mereka mahu terus hidup.

Menteri Pertahanan Rusia dalam kenyataannya menegaskan, negara itu memberi jaminan mereka tidak akan dicederakan jika Ukraine sedia menyerah kalah.

Moscow memberi masa antara jam 2 petang hingga 4 petang waktu tempatan untuk kesemua mereka meletakkan senjata.

Mariupol ketika ini telah dikepung tentera Rusia selepas pertempuran sengit antara dua negara.

Pihak berkuasa Ukraine berkata lebih seribu orang awam dilaporkan bersembunyi di lokasi bawah tanah dekat loji Azovstal.

Minggu lalu, Batalion Azovstal Ukraine mendakwa dron Russia menggunakan senjata kimia ke atas tentera dan orang awam di Mariupol

Bagaimanapun, Washington masih belum dapat mengesahkan perkara itu.