WASHINGTON DC: Presiden Joe Biden umum pakej bantuan keselamatan kepada Ukraine.

Bantuan merangkumi tambahan peralatan ketenteraan termasuk peluru serta radar pengesan.

Tiada butiran mengenai jumlah dana bantuan didedahkan dalam kenyataan.

Namun pegawai kanan pentadbiran Biden memaklumkan pakej terbaharu ini bernilai AS$150 juta.

Biden sebelum ini umum cadangan pakej bantuan AS$33 bilion kepada Ukraine.

Namjun pakej itu masih belum diluluskan Kongres.

Amerika Syarikat sudah menyalurkan AS$800 juta bantuan kepada Ukraine bagi meningkatkan pertahanannya dari pencerobohan Rusia.