JAKARTA:Demonstrasi membantah undang-undang berkaitan tenaga kerja sekali lagi berlangsung di Jakarta hari ini ketika provinsi itu masih mencatatkan jumlah kes positif harian COVID-19 melebihi 1,000 kes.
Provinsi Jakarta masih mencatatkan kes positif COVID-19 keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 89,228 kes, iaitu tambahan 1,054 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Demonstrasi hari ini yang disertai ribuan golongan pekerja dan mahasiswa bermula 1 tengah hari dan berakhir kira-kira 4 petang tadi itu, berlangsung aman.
Namun seperti 8 Okt lepas, kelompok tertentu yang terdiri dalam kalangan remaja dan golongan tertentu cuba mencetuskan kekacauan dengan melemparkan batu kepada anggota polis.
Menurut Ketua Hubungan Masyarakat Polis Metrojaya (Polis Jakarta) Yusri Yunus, lebih 12,000 anggota polis dan tentera hari ini ditugaskan bagi mengawal demonstrasi itu yang berlangsung di kawasan Medan Merdeka dan Patung Kuda berhampiran Istana Negara.
Sehingga jam 6 petang ini, polis dan tentera masih bertindak mengusir kelompok-kelompok kecil yang dilihat cuba mencetuskan rusuhan di beberapa kawasan di kota Jakarta.
Pada 8 Okt lepas, polis Jakarta menahan lebih 1,000 perusuh, kebanyakannya pelajar dan golongan muda, yang dilihat hanya terikut-ikut menyertai demonstrasi itu dan tidak pernah tahu apa-apa berkenaan Undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja yang diluluskan Parlimen Indonesia pada 5 Okt lepas.
Timbalan Gabenor Jakarta Ahmad Riza Patria dalam satu kenyataan sebelum ini berkata demonstrasi dan rusuhan teruk pada 8 Okt lepas itu , mengakibatkan kerugian harta benda dan kemudahan awam bernilai lebih Rp55billion (RM15.5 juta).
Undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja itu adalah cadangan Presiden Joko Widodo pada tahun lepas, bertujuan mengurangkan pelbagai karenah birokrasi untuk menggalakkan pelaburan asing ke Indonesia bagi mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan.
Pemerintah Indonesia menyatakan beberapa fasal dalam undang-undang itu telah ditularkan dengan fakta yang salah menerusi pelbagai platform di media sosial.
Berdasarkan data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dalam laman Twitter rasminya @BNPB_Indonesia hari ini, kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 340,622 kes, iaitu tambahan 3,906 kes dalam tempoh 24 jam.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 92 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan di republik itu kini 12,207 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 13 2020
Demonstrasi hari ini yang disertai ribuan golongan pekerja dan mahasiswa bermula 1 tengah hari dan berakhir kira-kira 4 petang tadi itu, berlangsung aman. Foto: Reuters
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kementerian Pengangkutan tubuh jawatankuasa semak undang-undang maritim, akta-akta pelabuhan
Tindakan itu bertujuan memastikan undang-undang tersebut kekal relevan dan berkesan dalam menghadapi perubahan.
HRD Corp: KESUMA serah pihak berkuasa siasat, ambil tindakan tegas kepada individu bersalah
Kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah.
Platform media sosial luar negara dibenarkan di Iran jika terima peraturan sedia ada
Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berulang kali menekankan kepentingan melindungi keselamatan psikologi rakyat Iran di alam siber.
Hudud 'permainan' ahli politik tarik undi popular - Pakar Perlembagaan
Shad percaya bahawa penganut semua agama, termasuk Islam, mampu membuat tafsiran yang dinamik, dengan mengambil kira tentang realiti dan keadaan semasa.
Setiausaha Agung ASEAN lawat Thailand untuk perkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang
Dr Kao Kim Hourn akan mengetuai delegasi Sekretariat ASEAN dalam lawatan kerja ke Thailand dari 5 hingga 6 Nov atas jemputan Menteri Kehakiman Thailand, Tawee Sodsong.
Malaysia perkukuh undang-undang, tingkat kesedaran tangani buli siber - Fahmi
Terdapat keperluan untuk menangani buli siber dari akar umbinya dengan melaksanakan program pendidikan di sekolah-sekolah dan arena sukan.
Rogol amah: Mahkamah Rayuan benar ahli perniagaan semak hukuman penjara 12 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan, menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dengan lima sebatan.
LHDN gesa lebih banyak syarikat sertai Program TCG, mantapkan pengurusan cukai
LHDN menggesa lebih banyak syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan, untuk menyertai Program TCG bagi memantapkan pengurusan cukai syarikat mereka.
Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."
Kerajaan akan terus tegakkan standard integriti tertinggi - PM Singapura
Wong berkata semua pegawai awam bertanggungjawab dan tiada sesiapa yang terlepas daripada pengawasan atau di atas undang-undang.